Tuesday, January 15, 2013

Erti sebuah kehidupan

Ku belek-belek
Ku bilang-bilang
Satu, lima, sepuluh.
Banyak sungguh..
Begitulah ku kira.

Namun adakah itu sahaja
Adakah itu saja tujuan hidupku
untuk membelek-belek dan
membilang-bilang
saban hujung bulan?

Apakah ertinya kehadiranku?
Apakah erti setiap hela nafasku?
Setiap gerak anak kakiku?
Setiap amalku?

Ku tak mahu
Ku tak ingin
Kehadiranku ini
hanya sekadar
untuk membelek-belek
dan membilang-bilang
saban hujung bulan.

No comments: